Thursday, November 17, 2011

Rayuan daripada Jimmy Wales, pengasas Wikipedia.

Sedang aku sebuk mencari data untuk post terbaru dengan enjin carian google dan masuk ke laman wikipedia aku terbaca sesuatu. sesuatu yang selama ini tiada.. sebagai seorang penguna tergerak untuk aku sebarkan pada semua...


Sedikit tentang wikipedia


Wikipedia ialah sebuah ensiklopedia yang boleh diubah suai dan dibina secara kerjasama dengan menggunakan perisian wiki. Wikipedia dikendalikan oleh Yayasan Wikimedia yang tidak mengambil apa-apa keuntungan daripada khidmat yang diberikan. Sebagai tambahan kepada matlamat ensiklopedia iaitu untuk memberikan pengetahuan, Wikipedia juga memasukkan maklumat yang lebih kerap dikaitkan dengan almanak dan jurnal, dan juga perkara semasa. Kandungan Wikipedia dibina sepenuhnya oleh para penggunanya. Tidak ada seorang pun yang dapat memiliki maklumat yang terdapat di dalamnya dan tidak ada rencana yang akan ditamatkan. Satu lesen yang dikenali GFDL telah dicipta untuk memastikan setiap orang mengakui bahawa setiap orang mempunyai hak untuk memperbaiki setiap rencana.
Wikipedia adalah berkandungan terbuka, bermaksud ia boleh digunakan secara bebas, boleh disunting secara bebas, dan bebas untuk disalin dan disebarkan. Senang dikatakan, Wikipedia adalah kerja keras yang unik yang tidak wujud dalam ensiklopedia tradisional. Ia mempunyai sistem baik-pulih-sendiri dalam melalui cabaran-cabaran ini.
Wikipedia bermula sebagai projek Bahasa Inggeris pada 15 Januari, 2001, dan kemudiannya mendapat bahasa lainnya yang pertama, Perancis, pada 23 Mac, 2001. Wikipedia bahasa Melayu pula bermula pada 28 Januari 2003. Terdapat banyak usaha yang telah terlibat untuk membuatkannya berbilang bahasa, dan pada masa ini ia telah mengandungi lebih 18 juta rencana dan lebih 3.6 juta ialah rencana dalam bahasa Inggeris [2]. rujukan dari wikipedia ensiklopedia bebas


Wednesday, November 16, 2011

Childline Malaysia l sedia membantu l 15999



Childline Malaysia adalah satu organisasi nasional bukan untuk mengaut keuntungan bertujuan mengwujudkan perkhidmatan telefon kebangsaan 24 jam untuk kanak-kanak di bawah 18 tahun yang memerlukan maklumat, penjagaan dan perlindungan. Langkah untuk mewujudkan perkhidmatan ini telah dimulakan oleh sekumpulan rakyat prihatin di bawah naungan Program TV Kanak-kanak Malaysia Foundation (MCTF) yang percaya bahawa kanak-kanak memerlukan talian bantuan khas yang mereka boleh mendekati untuk membantu.
Ia membawa bersama-sama bukan kerajaan (NGO) dan organisasi sektor swasta bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan seperti Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM), UNICEF Malaysia, MCTF dan Child Helpline International (CHI)

VISI & MISI 
 Childline Malaysia yang diilhamkan oleh kepercayaan bahawa kita boleh membuat perbezaan kepada semua kanak-kanak. Kanak-kanak sering dilupakan atau diabaikan dalam masyarakat kita, di mana mereka dibawa sehingga dapat dilihat dan tidak mendengar, dan dalam sesetengah kes, tidak dilihat sama sekali. Childline Malaysia wujud untuk mempertahankan hak-hak mereka dengan mendengar kepada mereka, dengan membantu mereka apabila mereka memerlukan kita dan dengan membuat mereka berasa selamat.

info rumah anak-anak yatim di Malaysia

terniat di dalam hati untuk beramal. menghulurkan bantuan pada yang memerlukan. apakan daya wang ringgit tidak terdaya untuk di hulurkan pada mereka semua. hanya link kepada blog dan site yang memberi alamat dan info tentang rumah anak-anak yatim dinegara kita aku dapat kongsikan. semoga ada yang mampu memberi bantuan. jika tidak dengan bantuan wang ringgit mungkin juga dengan bantuan lainnya.. 

KLIK SAJA BENDERA NEGERI  UNTUK TERUS KE BLOG DAN SITE INFO RUMAH ANAK-ANAK YATIM YANG TERDAPAT PADA SETIAP NEGERI..


MALAYSIA





JOHOR DARUL TAKZIM

Monday, November 14, 2011

"tanglung" siapa punya kerja ni?????

 saiz besar macam ni jangan kata budak, aku pun kagum tengok.
 
terkejut aku bila nampak satu objek besar atas kepala aku. time tu tak terpikir pulak nak snap sekeping dua. mula-mula aku sangka belon panas. tapi bila aku tengok semula.. mana pulak bakul dia.. haha
facebook
fun page