Thursday, November 17, 2011

Rayuan daripada Jimmy Wales, pengasas Wikipedia.

Sedang aku sebuk mencari data untuk post terbaru dengan enjin carian google dan masuk ke laman wikipedia aku terbaca sesuatu. sesuatu yang selama ini tiada.. sebagai seorang penguna tergerak untuk aku sebarkan pada semua...


Sedikit tentang wikipedia


Wikipedia ialah sebuah ensiklopedia yang boleh diubah suai dan dibina secara kerjasama dengan menggunakan perisian wiki. Wikipedia dikendalikan oleh Yayasan Wikimedia yang tidak mengambil apa-apa keuntungan daripada khidmat yang diberikan. Sebagai tambahan kepada matlamat ensiklopedia iaitu untuk memberikan pengetahuan, Wikipedia juga memasukkan maklumat yang lebih kerap dikaitkan dengan almanak dan jurnal, dan juga perkara semasa. Kandungan Wikipedia dibina sepenuhnya oleh para penggunanya. Tidak ada seorang pun yang dapat memiliki maklumat yang terdapat di dalamnya dan tidak ada rencana yang akan ditamatkan. Satu lesen yang dikenali GFDL telah dicipta untuk memastikan setiap orang mengakui bahawa setiap orang mempunyai hak untuk memperbaiki setiap rencana.
Wikipedia adalah berkandungan terbuka, bermaksud ia boleh digunakan secara bebas, boleh disunting secara bebas, dan bebas untuk disalin dan disebarkan. Senang dikatakan, Wikipedia adalah kerja keras yang unik yang tidak wujud dalam ensiklopedia tradisional. Ia mempunyai sistem baik-pulih-sendiri dalam melalui cabaran-cabaran ini.
Wikipedia bermula sebagai projek Bahasa Inggeris pada 15 Januari, 2001, dan kemudiannya mendapat bahasa lainnya yang pertama, Perancis, pada 23 Mac, 2001. Wikipedia bahasa Melayu pula bermula pada 28 Januari 2003. Terdapat banyak usaha yang telah terlibat untuk membuatkannya berbilang bahasa, dan pada masa ini ia telah mengandungi lebih 18 juta rencana dan lebih 3.6 juta ialah rencana dalam bahasa Inggeris [2]. rujukan dari wikipedia ensiklopedia bebas




 Rayuan daripada Jimmy Wales, pengasas Wikipedia.

Google mungkin mempunyai lebih daripada sejuta pelayan. Yahoo mempunyai lebih daripada 13,000 staf. Kami hanya mempunyai 679 pelayan dan 95 orang staf. 
Wikipedia merupakan laman web ke-5 yang paling dikunjungi dan memberi maklumat kepada lebih daripada 450 juta orang dengan jumlah kunjungan laman melebihi bilion.
Perniagaan sememangnya baik. Pengiklanan bukanlah buruk seperti yang disangkakan. Namun begitu, ia tidak sesuai di sini dan terutamanya Wikipedia.
Wikipedia merupakan sesuatu yang istimewa. Seumpama suatu perpustakaan atau taman awam. Ia adalah satu mahligai untuk minda. Ia adalah suatu tempat semua orang datang untuk berfikir, belajar dan berkongsi pengetahuan satu sama lain.
Mengimbas kembali ketika saya mengasaskan Wikipedia, tapak ini mungkin boleh dibangunkan untuk memperoleh keuntungan melalui pengiklanan; akan tetapi, saya memutuskan untuk menjadikannya sesuatu yang berlainan. Kami telah berusaha keras selama ini untuk memastikan matlamat kami tercapai tanpa sebarang halangan.
Seandainya semua orang yang membaca mesej ini menyumbang $5, kami hanya perlu mengadakan pungutan derma selama sehari setiap tahun. Akan tetapi bukan semua orang mampu atau akan memberi derma. Kami tetap memahaminya.
Tahun ini, bantulah kami dengan memberikan sumbangan sebanyak $5, $20, $50 atau mengikut kemampuan untuk melindungi dan memastikan kemandirian Wikipedia berkekalan.

Terima kasih,

Jimmy Wales
Pengasas Wikipedia


Bagaimanakah sumbangan anda digunakan?

Teknologi: Server, bandwidth, penyelenggaraan dan pembangunann. Wikipedia merupakan laman web ke-5 yang paling dikunjungi di dunia. Teknologi yang digunakan dalam Wikipedia hanya sebahagian daripada peruntukan teknologi yang digunakan oleh laman-laman web lain.
Kakitangan: Kesemua laman web ke-10 yang paling dikunjungi mempunyai ribuan pekerja. Kami hanya mempunyai kurang daripada 100 pekerja.




 info lebih lanjut. klik pada gambar..


No comments:

Post a Comment

facebook
fun page