Thursday, November 17, 2011

kita juga pendatang - sejarah seri medan

suka untuk aku bercerita pekara ini. bagi aku cina ke, melayu ke, india ke, kita tetap orang malaysia.. ada budaya, ada adat tersendiri. yang paling penting. Kita punya pegangan agama. Islam tidak mengajar penganutnya bermusuhan. kita bukan yahudi. cuma kita punya hak yang lebih dari kaum lain kerana ini tanah melayu. yang dulunya dipimpin oleh kesultanan melayu. dan moyang kita datang kesini atas sebab tali persaudaraan yang kuat. sebahagian moyang kita berasal dari indonesia, sebahagian lagi dari thailand. singgapura sememangnya jajahan kesultanan melayu. british punya angkara, kita terpisah. tiada niat nak bercerita membangkitkan isu  perkauman. cuma hendak mengiatkan asal usul kita. ya aku jenerasi ke-3 dari banjar indonesia dan darah aku dicampur dengan darah cina juga jenerasi ke-3. apa pengting aku dan kamu seagama mengadap kiblat yang sama. 


sedikit bukti yang tercatat dalam sejarah kita..

pemandangan dari bukit yang sebenarnya terbentuk hasil longgokan tanah lombong.

Sri Medan dahulunya merupakan bandar perkampungan yang unik ini kerana ia telah banyak mengalami perubahan yang ketara. Sri Medan telah dibuka oleh Tuan Haji Yusof yang berasal dari Indonesia pada tahun 1912. Dahulunya Sri Ramonia merupakan nama asal bagi Sri Medan, nama ini diubah semasa pemerintahan Jepun di Malaya. Penduduk asal di Sri Medan adalah seramai 70 orang, mereka terdiri dari saudara terdekat Tuan Haji Yusof. Bilangan rumah pada ketika itu hanya sebanyak 35 buah.

Rayuan daripada Jimmy Wales, pengasas Wikipedia.

Sedang aku sebuk mencari data untuk post terbaru dengan enjin carian google dan masuk ke laman wikipedia aku terbaca sesuatu. sesuatu yang selama ini tiada.. sebagai seorang penguna tergerak untuk aku sebarkan pada semua...


Sedikit tentang wikipedia


Wikipedia ialah sebuah ensiklopedia yang boleh diubah suai dan dibina secara kerjasama dengan menggunakan perisian wiki. Wikipedia dikendalikan oleh Yayasan Wikimedia yang tidak mengambil apa-apa keuntungan daripada khidmat yang diberikan. Sebagai tambahan kepada matlamat ensiklopedia iaitu untuk memberikan pengetahuan, Wikipedia juga memasukkan maklumat yang lebih kerap dikaitkan dengan almanak dan jurnal, dan juga perkara semasa. Kandungan Wikipedia dibina sepenuhnya oleh para penggunanya. Tidak ada seorang pun yang dapat memiliki maklumat yang terdapat di dalamnya dan tidak ada rencana yang akan ditamatkan. Satu lesen yang dikenali GFDL telah dicipta untuk memastikan setiap orang mengakui bahawa setiap orang mempunyai hak untuk memperbaiki setiap rencana.
Wikipedia adalah berkandungan terbuka, bermaksud ia boleh digunakan secara bebas, boleh disunting secara bebas, dan bebas untuk disalin dan disebarkan. Senang dikatakan, Wikipedia adalah kerja keras yang unik yang tidak wujud dalam ensiklopedia tradisional. Ia mempunyai sistem baik-pulih-sendiri dalam melalui cabaran-cabaran ini.
Wikipedia bermula sebagai projek Bahasa Inggeris pada 15 Januari, 2001, dan kemudiannya mendapat bahasa lainnya yang pertama, Perancis, pada 23 Mac, 2001. Wikipedia bahasa Melayu pula bermula pada 28 Januari 2003. Terdapat banyak usaha yang telah terlibat untuk membuatkannya berbilang bahasa, dan pada masa ini ia telah mengandungi lebih 18 juta rencana dan lebih 3.6 juta ialah rencana dalam bahasa Inggeris [2]. rujukan dari wikipedia ensiklopedia bebas


facebook
fun page