Monday, November 21, 2011

retouch - mengurangkan kesan jeragat di gambar

Perhatikan dua gambar di bawah.

gambar sebelum diedit- kesan jeragat jelas kelihatan.

selepas diedit kesan jeragat berkurangan

Pasukan Malayasia naik MERCEDES-BENZ????

berita ni yang ku baca semalam..tapi hari ni mmg kompom la naik jawapnya..  semua dah tau kenapa. tapi dah kompom la jawap dia.. msti naik punya. kenapa?? baca dlu  yang ni



JAKARTA 20 Nov. - Pasukan bola sepak Malaysia berkemungkinan akan menaiki kereta perisai Barracuda untuk ke Stadium Gelora Bung Karno pada perlawanan akhir acara bola sepak Sukan SEA ke-26 esok, kata pengurus skuad negara, Datuk Hamidin Mohd Amin.
Beliau berkata, keselamatan pemain adalah lebih penting dan langkah menaiki kereta perisai tersebut bukanlah asing buat skuad itu.
"Malah kita harap PSSI (Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia) dan polis dapat berbincang bagi memudahkan pasukan kita pergi dan balik kerana esok, persekitaran stadium pastinya akan sesak dengan sekitar 100,000 penyokong mereka yang hadir ke stadium,” katanya.
Mengulas mengenai perlawanan akhir yang akan bermula pada pukul 7 malam esok waktu tempatan (8 malam waktu Malaysia), Hamidin berkeyakinan Malaysia mampu menundukkan tuan rumah di gelanggang mereka sendiri.
"Kita telah belajar dan mengambil pengalaman daripada perlawanan sebelumnya, bertemu Indonesia di peringkat Kumpulan A pada Khamis dan saya lihat pemain kita mempunyai semangat yang kental dan diharap mereka mampu pamerkan aksi yang terbaik dan mencipta kemenangan esok.
"Esok kita akan membuktikan bahawa Malaysia masih yang terbaik di Asia Tenggara,” katanya.
Hamidin berkata, Indonesia pastinya lebih tertekan pada final kerana pemainnya pasti mengharapkan kemenangan berganda di hadapan penyokong dan di tempat sendiri. - Bernama


haha.. tau kenapa.. sebab sesetengah penyokong indonesia masih tidak puas hati.. masih tidak dapat menerima kekalahan.. kan ke sukan tu adat dia menang dan kalah.. yang tak berapa seronok kalau malaysia kalah kita kutuk habis2. menang. kita puji melambung-lambung.

ni dia gambar kereta perisai di maksudkan..

 Barracuda 4X4 APC_18

facebook
fun page