Thursday, November 24, 2011

mamod si gorila

Pada satu hari mamod datang melawat ke zoo dan cuba untuk mendapatkan sedikit wang sebagai seorang peminta sedekah. Sebaik sahaja dia mula menarik perhatian orang ramai, penjaga zoo menangkap beliau dan menyeret dia ke dalam pejabatnya. Penjaga zoo menerangkan kepada mamod bahawa daya tarikan zoo yang paling popular, yaitu gorila, telah meninggal dunia secara tiba-tiba dan ini menyebabkan penjaga zoo risau  kehadiran pelawat di zoo akan jatuh.

Beliau menawarkan mamod satu pekerjaan berpakaian sebagai gorila sehingga pihak zoo dapat mengantikan gorila itu. Mamod menerima tawaran itu.

Pada kesokan harinya mamod memakai custom gorila dan masuk ke dalam sangkar sebelum orang ramai datang. Beliau mendapati bahawa ia adalah pekerjaan yang menyeronokan. Dia boleh tidur sepuasnya, bermain dan membuat orang gembira. Apa yang benar-benar membuatkan mamod gembira dengan perkerjaan barunya dia dapat menarik perhatian lebih ramai orang daripada perkerjaannya sebagai pengemis sebelum ini. Walau bagaimanapun, akhirnya orang ramai mula bosan dengan telatah mamod sebagai gorila, mamod hanya tahu berayun pada tayar, dan itu saja yang dia tahu lakukan.
  
Dia mula perasan bahawa pelawat memberikan perhatian yang lebih kepada singa dalam sangkar bersebelahan sangkarnya. Kerana tidak mahu kehilangan perhatian penonton, dia memanjat ke atas sangkar, merangkak melalui tembok, dan bergayut di atas sangkar singa. Sudah tentu, ini membuat  singa berang, tetapi orang ramai sukakannya.

kesah benar - jangan dia datang lagi 2


selepas beberapa bulan kejadian berjumpa pocong, aku mulai terasa takut untuk keluar dan bermain seorangan diri dengan harapan tidak diganggu lagi. bagaimanapun suatu kejadian aneh berlaku pada aku dan juga dua orang sepupu yang datang ke rumahku pada musim cuti sekolah. oleh kerana nenek aku lebih selesa untuk tidur di rumah makcik yang terletak disebelah rumah, malam itu aku pergi bersam dengan dia orang sepupu yang datang bermasa-sama nenek.

ikan keli "petua"

Sebelum ini aku sudah memberi tahu langkah untuk membeli ikan keli dan kali ini yang akan berkongsi carah mudah menyiang ikan keli.  apa yang perlu kita lakukan untuk mematikan ikan keli  dengan cara yang mudah. ikan keli sebenarnya mampu hidup lama tanpa air. ada yang mengatakan ikan ini berhijrah melalu jalan dart ketika musim kemarau, saya sendiri tidak pasti dengan cara berhijrah ini.  kebiasaannya ikan keli dipukul dibahagian kepala untuk dimatikan. percikan darah mungkin terkena pada baju dan mungkin meningalkan kesan walaupun selepas dibasuh. Ada satu cara mudah yang untuk kita membunuh ikan keli ini tanpa memukulnya. cara ini sangat efektif bagi jumlah yang banyak kerana menjimatkan masa dan tenaga. ia dikongsikan oleh beberapa orang rakan dan ternyata amat berkesan.
membuang senga keli kampung yang cukup berbisa.

ikan keli "halal dan haram"

3 minggu lepas, sedang asyik berbual dengan sepupu aku yang duduk kat putrajaya tetiba ja masuk topik ikan keli. dia ada bagtau aku dia tak beli ikan keli yang cina bela. aku bukan nak mengata ke apa. tapi aku sendiri tak lalu nak makan kalau teringat 1 kesah. kesah anjing mati dikisar untuk diberi pada ikan keli bela. yang lakukan ini adalah perkerja indonesia. tapi siapa tuan kolam??.. kesah ni sudah 6 tahun berlalu. dan kita sendiri sudah baca di akbar tempatanan yang mengatakan ada pengusha ikan sangkar memberi makan bangkai khinzir. aku dah banyak kali membaca pekara ini.

 MOHD Fadzil dan isteri, Saadiah di tepi kolam ikan kelimereka
di Taman Agrotek Bestari Jaya, Kuala Selangor.

barang buatan china

barang dari cina? haha. mgkin ramai yang x sedar sesetengah barang yang kita pakai datang dari china. eh aku tak kata itu barang tiruan. banyar pelabur buka kilang disana kerana faktor kos buruh yang rendah. kita bukan nak cerita jam rolex china. aku takda jam tu. mamcana aku nak bukak cerita. kang fakta jadi auta. aku kekadang copy paste jugak. tap xtakda la sampai buta nak copy apa yang aku taktau. kita tengaok negara china. dulu diaorang terkenal dengan barang tiruan. kalau aku kata iphone tu berinpirasikan barang china. jangan marah. kita pikir. sapa yang mula-mula keluarkan handset dengan tv. sapa yang buat dual-sim.
 
aku cuma rasa kagum dengan 1 video yang aku tonton sebelum aku mula bloging lagi. terasa kagum bila seorang petani yang berkerja sambilan sebagai juruteknik audio karaoke membena sebiji submerine yang dibuat sepenuhnya dari bahan terpakai. kalau kat malaysia aku tak pasti boleh ke tidak buat kapal selam. yang pasti ramai anak muda suka kapal selam ni. haha. maaf saya tak berminat dengan benda mengkhayalkan. aku sunguh terasa kagum dengan hasil usaha gigih beliau selama 2 tahun.

facebook
fun page