selepas beberapa bulan kejadian berjumpa pocong, aku mulai terasa takut untuk keluar dan bermain seorangan diri dengan harapan tidak diganggu lagi. bagaimanapun suatu kejadian aneh berlaku pada aku dan juga dua orang sepupu yang datang ke rumahku pada musim cuti sekolah. oleh kerana nenek aku lebih selesa untuk tidur di rumah makcik yang terletak disebelah rumah, malam itu aku pergi bersam dengan dia orang sepupu yang datang bermasa-sama nenek.
seperti biasa kami menonton tv dan bermain bersama-sama. walau mereka berdua jauh lebih tua dariku, tetapi kami sangat rapat atas jalinan kekeluargaan. malam itu kami semua tidur di dalam kelambu yang sama. oleh kerana keaddan yang panas dan bekalan elektrik terputus aku tidak dapat melelapkan mata. dalam keadaan gelap gelita tiba-tiba aku terlihat suatu cahaya yang kusangka cahya lilin. aku terus memerhati caya putih itu. namun sesuatu diluar jangkaan ku berlaku. cahaya itu mula bergerar ke atas berpusing-pusing dengan laju. aku terdiam. kebigungan. cayaha itu berhenti betul-betl diatas kelambu dan aku sunguh terkejut, ternyata cahaya itu adalah tengkorak manusia yang terbang.
tuhan saja yang tahu bagaimana perasaan takutku pada masa itu. tengkorar terbang berwarna putih yang tidak menerangi kawasan sekelingya. aku tertidur dalam keadan yang sangat penat kerana ketakutan. pada pagi itu aku tidak berani bercerita megenaiya. dan sekali lagi aku demam. mungkin akibat terkejut dengan kejadian itu. setelah beberapa tahun. aku menceritakan apa yang berlaku pada sepupu aku, dan ternyata salah seorang dari sepupuku jua melihat apa yang berlaku.
selang beberapa bulan selepas menceritakan kejadian itu, hidup aku berubah. berubah sepenuhnya, aku amat susah untuk tidur pada waktu malam akibat gangguan. ganguan yang bermula dengan satu kejadian aneh. yang sehingga kini menjadi tanda tanya dalam hidupku.
sedang aku asyik menahan mata untuk menunggu cerita yang akan di siarkan dalam saluran tv. aku terasa seperti diawangan. melayang dan tidak mampu untuk bergerak. longlai, kaku bersandar di tepi tangga bilik sambil mengadap tv. kemudia aku rasakan ada seseorang yang memeluk aku dari belakang. pada waktu itu samar-samar aku melihat ibu lalu di tepi melintas untuk ke dapur rmah. dan pada masa itu dengan tiba-tiba aku mendengar suara, ya suara yang cukup jelas. suara yang mambacakan surah al-kursi. sebelum sempat habis ayat itu di bacakan aku dilepaskan. aku terdiam bigung. tidak rasa takut. dan tidak rasa gentar. bigung, diam takterkata.
ke esokan harinya suatu pekara yang amat menakutkan berlaku. sedang aku asyik menonton tv, aku mulai rasa megantuk, melayang unntuk tidur. diam mulai rasa hilang. tiba-baba. aku terasa di tindih. kaku. tidak dapt berbuat apa. aku melawan. cuba meronta. tiada 1 pun angota tubuhku dapat digerakan, kaku sperti tidak bernya, ak terus melawan dan akhirna mataku terbuka. dengan jelas aku dapat melihat satu mahluk yang sangat besar. seperti manusais, dengan mata yang merah menyala seperti biji saga. dengan tubuh sasa berwarna hijau. dan muka yang amat benggis. aku cuba menjerit melawan dan terus coba meronta. dan dengan serta-merta mahluk itu ketawa dengan penuh dasyat. ketawa mengilai sepashatinya, seolah-olah puas melihatku dalam keadaan yang sunguh tidak teraya untuk melawan. ia terus merapatkan wajahnya yang sunguh ngeri pada wajahku. lantasn aku terus menutup rapat mata, tidak sanggup untuk aku melihat mahluk itu. masih kedengaran lagi suara garau ketawa dengan nada yang kuat. aku cuba melawan dan cuba melafaskan bismillah berberapa kali, ternyata akhirnya berhasil. dengan izin ALLAH S.W.T aku berjaya melepaskan diri.
terlepasdari ganguan itu, aku dapati ibu berada di sebelahku sambil mendodoikan adik aku yang masih kecil. tiada mahluk bertubuh besar berwarna hijau dengan muka yang benggis. apakah mahluk ini. adakah ia syaitan ataupun jin yang coba menganggu hidup cucu cicit adam. malam itu aku menangis ketakutan memeluk ibuku. kerana terasa amat takut, aku tidak berani menceritakan apa yang berlaku pada waktu itu.
hanya pada kesoakan harinya aku menceritakan apa yang berlaku. dan sememangnya tiada ganguan seperti ini berlaku pada ahli keluarga yang lain. semenjar dari kejadian ini. aku sering diganggu. walau jarang mendegar apa-apa bunyi atau melihat pekara ganjil. namun rasa senak dan seperti ditindih tetap berlaku hingga ke hari ini. dan mungkin sudah beribu kali terjadi padaku sejak 17 tahun lalu.
kesah ini benar-benar terjadi dan setiap kali ia akan berlaku akan dapat merasakanya. dan semenjak dari kejadian ini juga aku sering melihat kelibat kelibah aneh dan juga pelbagai kejadian aneh yang berlaku. kesah-kisah ini akan aku konsikan pada post ang akan datang. insya-Allah. akan aku kongsikan untuk kebaikan bersama-sama. ada tauladan yang kan aku sampaikan. insaya-Allah.. segala yang buruk adalah disebabkan kita, setiap perkara yang terjadi ada hikmahnya. semoga Allah sentiasa melindungi kita dari segala mahluk yang coba menganggu cucu cicit adam.
ini adalah cerita sambungan dari epesod pertama dan kenapa tajuk kesah benar ini jangan dia datang lagi .
.SEKIAN.
No comments:
Post a Comment