Sukan marathon adalah sukan tertua dalam sejarah Olimpik purba. Acara marathon bermula pada tahun 490 SM, apabila seorang askar Greek berlari membawa berita kemenangan dari medan peperangan Marathon ke Athens, yang mana jaraknya sejauh 26 batu, iaitu bersamaan 41.8 kilometer.
Sejarah
Apabila Sukan Olimpik moden bermula di Athens pada tahun 1896, marathon adalah acara paling ditunggu-tunggukan oleh peserta dan para peminatnya. Seramai 17 orang atlet telah mengambil bahagian dalam acara tersebut.
Acara ini telah dimenangi oleh seorang pengembala tempatan bernama Spiridin Louis, yang dihadiahi sebutir pingat dan seekor kuda, serta sebuah kereta kuda untuk kampungnya.
Acara ini telah dimenangi oleh pelbagai bangsa di dunia, serta mencetuskan kisah yang menarik. Misalnya, di Sukan Olimpik London pada tahun 1908, peserta Itali Dorando Pietri tiba di stadium dalam keadaan terhuyung-hayang dan terpaksa dipapah ke garisan penamat. Kemenangan tersebut diisytiharkan sebagai tidak sah kerana beliau dibantu oleh orang lain.
Untuk pengetahuan pengguna semua, acara marathon adalah acara yang biasanya dijalankan pada hari terakhir sesuatu kejohanan sukan peringkat Asia dan Olimpik.

1896 Olympic marathon |
Untuk pengetahuan pengguna semua, acara marathon adalah acara yang biasanya dijalankan pada hari terakhir sesuatu kejohanan sukan peringkat Asia dan Olimpik.
Jarak larian
Sejak itu, acara marathon menjadi semakin popular. Dalam kejohanan Sukan Olimpik 1908, perlumbaan acara marathon telah bermula dari White City, di bahagian barat kota London. Jarak lariannya sejauh 26 batu 385 ela(42.2 km).
Semenjak itu, jarak ini telah diiktiraf sebagai jarak rasmi sukan marathon. Pada masa ini, perlumbaan acara marathon telah bermula dari stadium. Peserta yang mengambil bahagian akan berlari di sekitar bandar raya yang menjadi tuan rumah Sukan Olimpik, dan akan berakhir di stadium tersebut.

Pelari terungul
Peserta berkulit hitam dari Kenya seperti Henry Rono, adalah antara peserta yang unggul dalam acara ini di peringkat Sukan Olimpik dan dunia. Namun begitu, peserta dari Jepun dan China dari benua Asia juga tidak kurang handal dan hebatnya dalam acara ini.
aku kata - dapat tau pasal maraton ni dari cerita sebenar 300

No comments:
Post a Comment