Seperti yang dijanjikan pada post terdahulu(post ke dua aku) aku ingin kongsikan sedikit cara mudah untuk menambah mood dan feel suatu gambar supaya lebih ceria.. untuk pegetahuan semua. aku ni wannabe. baru lagi dalam dunia melukis dengan cahaya.. jadi apa yang aku nak kongsikan berdasarkan pengalaman aku yang seikit. ilmu kita kongsi makin lama makin banyak. insya-Allah..
apa yang kita perlu ada ialah perisian percuma dari google yaitu picasa 3. dan memahami fungsi yang ada. seperti yang aku katakan pada post terdahulu. setelah memasang perisian picasa 3. kita boleh terus mengunakan perisian tersebut. klik pada gambar dan perisian tersebut akan memaparkan gambar pada paparan komputer. pada paparan itu, ada icon Edit in picasa. klik dan gambar tersebut kini siap sedia untuk kita ubahsuai mengikut kehendak kita.
di sebelah kiri kita dapat melihat paparan yang menunjukan 3 pilihan utama peralatan(tool) yang kita boleh boleh gunakan untuk mengedit gambar kita.. ini yang aku rujuk dari beberapa laman dan aku terangkan mengikut pemahaman aku. harap jika ada kesilapan dari aku kita sama2 perbetulkan.
basic fixes - pembaikan asas yang boleh kita lakukan pada gambar denga beberapa menu plihan padanya.
- crop - mengubah saiz gambar dengan cara memotong bahagian yang dikehendaki
- straghten - mengubah kedudukan gambar supaya lebih sejajar mengikut kehendak kita
- redeye - menghilangkan warna kemerahan pada mata akibat pantulan cahaya.
- im feeling lucky - penambahan mood secaya auto dengan menambah suhu gambar dan sedikit surupan cahaya.
- auto contras - pengubahan contra cahaya dan warna secara auto.
- retouch - mengubah pada bahagian tertentu gambar untuk mengurangkan kecacatan gambar.
- text - memasukan teks pada gambar.
- fill light - penambahan kuantit cahya pada gambar.
tuning - penukaran pada kualiti dan kuantit pencahayaan
- fill light - penambahan kuntiti cahaya
- higlights - penambahan kualiti cahaya
- shadows - penambahan kesan bayang pada gambar.
- color temperature - suhu mengikut mood (menukar keseimbanggan keputihan a.k.a white balance)
- neutral colour picker - kesan khas mengikut warna yang kita sentuh.
- effects - kesan khas secara auto dan manual
- sharpen - menajamkan lagi paparan imej dengan menimbulkan kesan garis halus pada setiap contra warna yang tidak ketara.
- sepia - kesan sepia
- B&W - hitam putih
- tint - kesan khas tinta mengikut warna pilihan
- warmify - menaikan suhu keseimbangan keputiaha (white balance)
- soturation - menaikan kuntiti warna.
- film grain - penukaran kualiti cahaya latar kesan khas seperti filem
- sofs focus - kesan khas focus dengan mengaburkan kawasan sekeliling objek pilihan
- glow - kesan khas supaya gambar kelihatan sedikit bersinar
- filtered b&w - kesan khas sepert hitam putih dengan pilihan warna.
- focal B&W - kesan khas focus dengan kawasan kabur sekeliling objek mengikut warna yang pilihan
- graduted tint - kesan khas tinta yang boleh kita uentukan kedudukannya dengan pilihan warna.
- graduated tint
dan seperti mana-mana persian mengedit yang lain terdapt juga menu utama pada perisian ini dan tidak jauh perbezaannya. aku rasa tak perlu kita bincangkan sekarang..
bersambung...........
No comments:
Post a Comment