Jalan Yungas Utara (juga dikenali sebagai Jalan Dusun, Jalan Coroico, Camino de las Yungas, El Camino de la Muerte, atau Jalan Maut) ialah sebatang jalan raya sepanjang 61-kilometer (38 bt) atau 69-kilometer (43 bt) dari La Paz ke Coroico, 56 kilometers (35 bt) timur laut La Paz di kawasan Yungas di Bolivia. Ia terkenal kerana sangat berbahaya, dan pada tahun 1995 Bank Pembangunan Antara Amerika telah menobatkan jalan tersebut sebagai "jalan raya paling berbahaya di dunia".
