Sunday, December 11, 2011

kisah dari mastika - kisah benar Adik Iqbal Fahreen Hamdan

 "Abang tunggu mak di syurga ya!"

Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang.

Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju terkahir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang 'buncit'.

Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mendikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskanair buat kali terakhir pada tubuh kecil abang. 

Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya. 

"Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir," 

begitulah kata mak pada abah. Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya kami berdua juga. biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain terakhir pada tubuh abang. 

kemalangan jalan raya termahal dalam sejarah jepun?

TOKYO (AP) - Sekumpulan pemandu kereta mewah mengalami kemalangan melibatkan lapan Ferrari, Lamborghini dan dua Mercedes mungkin bernilai lebih daripada Us $ 1 juta keseluruhanya.

Saturday, December 10, 2011

gerhana bulan

assalamualikum, salam satu malaya.. seperti kita sudah sedia maklum. hari ini beralau fenomena alam yang membuktikan kekuasaan tuhan. kawan sempat shot beberapa foto gerhana bulan yang berlaku. subhanaulah.. memang maha besar ciptaan Allah S.W.T.. mula-mula kawan pikir takkan dapat nak lihat dengan jelas. memang mendung. tapi Alhamdulillah, kuasa tuhan. agin bertiup kencang dan awan mendung hilang bersama tiupan angin, ini sedikit gambar yang kawan rasa ok..


Friday, December 9, 2011

jawapan kenapa blog anda mungkin berisiko di padam oleh blogspot akibat komen di group facebook

Assalamualaikum. salam satu malaya. sudah hampir sebulan blog aku ni. dan sepanjang aku menulis blog ni banyak pekara baru aku dapat tau dan pelajari. salah satunya "blog boleh dipadam akibat spam" dah ada ramai yang post, kata "ko spam nanti blog ko kena padam" tapi tak terangkan kenapa dan bagaimana. bigung jugak aku. haha. aku search dan jumpa jawapan. Alhamdulillah. ni kes dalam group blogger di facebook.

facebook
fun page